Entry kali ni khas kepada para isteri yang bekerja atau pun surirumah yang tidak mempunyai masa untuk ke gym. Jom kita tengok senaman di rumah yang confirm boleh kurus jika diamalkan secara konsisten, InsyaAllah :) 1. Push-ups / Tekan-tubi Dalam banyak-banyak senaman di rumah, push-ups atau tekan-tubi ni memang tidak akan dilupakan. Bagi wanita, kalau berkemampuan nak berdiri dengan hujung jari kaki, bolehlah berbuat demikian, kalau tak mampu, guna lutut pun takpe. Sila rujuk gambarajah di bawah :) Push-ups atau tekan-tubi ni bagus untuk membakar lemak, menguatkan bahagian lengan, bahu dan dada. Buat dalam 10 kali, dalam 3 set pun dah cukup baik. Ikut kemampuan anda. Jangan paksa sangat nanti sakit-sakit otot lengan kena makan OsteMatrix..keh keh keh...
2. Bridge Senaman bridge baik untuk menguatkan bahagian abdomen, otot-otot kaki yang bersambung dengan lutut, bahagian bawah otot belakang dan membantu untuk mendapatkan pinggul yang cantik. Cara-caranya, baring lurus, angkat punggung seperti di dalam gambar, tangan di sisi, pastikan badan lurus. Tahan 30 saat dan perlahan-lahan turunkan badan. Buatlah dalam 10 kali mengikut kemampuan anda.
3. Squats
Squats merupakan antara senaman yang "mesti ada". Kebaikan squats ialah mencantikkan punggung, membentuk paha dan kaki yang cantik.
Cara-caranya ialah, buka kaki anda, pastikan apabila lutut diturun dan dibengkokkan, tidak melebihi jari kaki anda. Tangan boleh diluruskan ke depan. Buat dalam 10-15 kali bagi satu sesi (naik turun) bagi 3 set.
4. Walking lunges
Lunges ni seperti squats juga cuma dilakukan dengan satu kaki membengkok. Sekali lagi, pastikan lutut tidak melebihi hujung jari kaki dan lutut satu lagi tidak mencecah lantai. Lutut dibengkokkan dalam 90 darjah.
Cara buat ialah bengkokkan lutut dalam 10 kali, bergilir dengan kaki sebelah lagi. Boleh buat dalam 3 set.
5. Senaman kerusi
Senaman ni pula bagus untuk kekuatan lengan, perut dan kaki. Boleh tengok gambar macam mana nak buat. Cara-caranya, kaki bengkok 90 darjah, badan pula lurus. Naik dan turunkan badan anda dengan memegang kerusi. Macam push-ups tapi anda buat di bahagian belakang.
Macam biasa buat dalam 10 kali kemudian rehat. Buat dalam 3 set.
Semua senaman ini adalah senaman kardiovaskular di mana, penekanannya ialah lebih kepada membuang berat lemak di dalam badan dan membentuk otot. Otot akan membantu meningkatkan metabolisme dan memudahkan pengurangan berat badan.
Mungkin selepas mengamalkan senaman-senaman di atas, anda tidak kekurangan berat badan, tapi tubuh anda akan lebih kemas dan anda akan kehilangan lebihan inci di badan anda.
Di samping itu, jika anda ingin mengawal pemakanan anda, sila rujuklink ini untuk membantu merancang pemakanan anda setiap hari :)
Jika selama ini anda terasa susah nak menurunkan berat badan walaupun telah bersenam dan menjaga pemakanan, apa kata anda cuba pula amalkan supplemen-supplemen berikut untuk membantu lagi usaha anda membuang lemak-lemak berlebihan di dalam badan :)
Supplemen-supplemen ini terdiri daripada:
belum cuba belum tahu, betapa berkesannya produk kami..
Roti Wholegrain/Tinggi serat Roti yang tinggi serat selalunya mempunyai tekstur yang agak kasar dan tak berwarna putih. Roti wholegrain ni ada tambahan serat dan akan buat kita rasa kenyang lebih lama. Roti jenis macam ni juga sangat bagus untuk proses pembuangan. Pada kebiasaannya, saya selalu memilih roti Wholemeal Gardenia sama ada yang paket purple ataupun yang hijau (Sommerset). Boleh tengok gambar contoh kat bawah roti yang saya selalu beli. Nasi Perang @ Spageti Perang @ Bihun Perang Kumpulan karbohidrat yang macam ni, mempunyai serat yang tinggu sama seperti roti wholegrain. Serat sangat baik untuk membantu pengawalan gula dalam darah. Yang penting, makan ikut kuantiti yang sesuai dan betul. Kalau ambil berlebihan pun tak membantu kita kurus . Ambil secukupnya dan jangan ambil berlebihan. Ni contoh bihun perang yang saya pernah beli. Oat Oat dapat memberi kita rasa kenyang lebih lama. Contohnya, kalau kita ambil oat waktu sarapan pagi, kita boleh kawal ras...
Lemak Tepu Lemak tepu mudah dikenali dari bentuknya yang padat seperti lilin dan banyak dijumpai pada produk yang berasal dari haiwan seperti daging merah , mentega , atau tenusu asli . Pada sumber tumbuh2an , ia didapati pada minyak kelapa dan minyak sawit . Lemak tepu mempunyai sifat yang boleh menganggu tubuh iaitu boleh memekatkan darah sehingga mudah melekat pada dinding pembuluh darah kerana menggumpal yang tentu saja boleh mengganggu peredaran darah dalam tubuh . Lemak tepu juga mudah melekat pada dinding saluran darah dan boleh mengakibatkan pengerasan dinding pembuluh darah . Oleh kerana peredaran darah dan oksigen terganggu, mereka yang mengamalkan pengambilan lemak tepu yang tinggi berisiko kepada seperti penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. Lemak Tidak Tepu Jenis lemak ini biasenye akan cair pada suhu bilik , tetapi boleh berubah menjadi padat jika disimpan ddi dalam peti. banyak terdapat dari sumber tumbuh2an seperti m...
BADAN ‘NAIK’ BUKAN SEBAB BAHAGIA, TAPI SEBENARNYA STRES. INI 6 BUKTINYA Stres bukan sahaja membebankan minda, tanpa disedari ia juga memberi kesan buruk kepada tubuh badan seseorang. Di bawah disenaraikan beberapa sebab mengapa stres boleh menjadikan seseorang mudah gemuk. 1. STRES MENINGKATKAN SELERA MAKAN. RASA NAK ‘BAHAM’ SEMUA! Bila otak terlalu risau, tubuh akan terdorong untuk merembeskan hormon grehlin. Hormon inilah yang menyebabkan minda terangsang untuk makan makanan kegemaran yang tidak sihat. Sebab itulah kita akan rasa nak makan makanan yang menenangkan seperti coklat atau minuman kegemaran – kononnya untuk stress-relief atau reward diri. Situasi ini selalu terjadi kerana tindakbalas yang berlaku dalam badan kita sendiri. Terdapat juga kajian sebuah jurnal di Science Direct telah membuktikan bahawa comfort food seperti coklat boleh menjadi ‘jalan keluar’ yang pantas bagi mengurangkan rasa stres...
Very good sharing. Senaman boleh menurunkan paras Kolesterol Jahat (LDL).
ReplyDeletewww.nuherba.com