Posts

Showing posts from May, 2018

STRES PUNCA GEMUK!

Image
BADAN ‘NAIK’ BUKAN SEBAB BAHAGIA, TAPI SEBENARNYA STRES. INI 6 BUKTINYA Stres bukan sahaja membebankan minda, tanpa disedari ia juga memberi kesan buruk kepada tubuh badan seseorang. Di bawah disenaraikan beberapa sebab mengapa stres boleh menjadikan seseorang mudah gemuk. 1. STRES MENINGKATKAN SELERA MAKAN. RASA NAK ‘BAHAM’ SEMUA! Bila otak terlalu risau, tubuh akan terdorong untuk merembeskan hormon grehlin. Hormon inilah yang menyebabkan minda terangsang untuk makan makanan kegemaran yang tidak sihat. Sebab itulah kita akan rasa nak makan makanan yang menenangkan seperti coklat atau minuman kegemaran – kononnya untuk  stress-relief  atau  reward  diri. Situasi ini selalu terjadi kerana tindakbalas yang berlaku dalam badan kita sendiri. Terdapat juga kajian sebuah jurnal di  Science Direct  telah membuktikan bahawa  comfort food  seperti coklat boleh menjadi ‘jalan keluar’ yang pantas bagi mengurangkan rasa stres. Foto Kredit: thetelegraph.com 2. PR

ATASI GEMUK DAGING

Image
ATASI GEMUK DAGING 1. BERUS KULIT KERING Gunakan berus badan yang tidak terlalu kasar. Dalam keadaan kulit tidak terkena air, beruskan badan pada bahagian bermasalah. Buat pergerakan memanjang pada satu arah dan elakkan gerakan berulang-alik. Boleh juga beruskan dengan pergerakan bulatan. Untuk selulit di kulit, buat gerakan bulat mengikut lawan arah jam. Kaedah memberus kulit ini dapat menangani selulit dengan cara melancarkan peredaran darah dan menegangkan kulit. Selain itu, masalah kulit kering dan gelap terutamanya di bahagian lutut dan siku juga dapat diatasi. Lakukan sekali sehari sebelum mandi pada bahagian tersebut. Ingat, cari  berus  yang sesuai! 2. BUAT SKRUB KOPI Rawat selulit sendiri di rumah dengan membuat sendiri skrub serbuk kopi. Campurkan ¼ cawan serbuk kopi, 3 sudu gula, dan 3 sudu minyak kelapa/zaitun sehingga menjadi pes. Lumurkan dan urut pada tempat bermasalah kemudian balut dengan plastik jernih. Selain bau yang menyenangkan, kopi dapat me

POSITIF

Image
POSITIF UNTUK APA SAJA. 1. Fokus Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai “gangguan”… 2. Mencari ilmu Saya agak rajin mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar… 3: Bijak mencari peluang Saya banyak berfikir dan mencari peluang. Setiap hari saya akan fikirkan beberapa idea perniagaan. Bila tidak ada benda nak buat, saya akan fikir peluang-peluang menambahkan pendapatan… 4: Kreatif Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif dalam cara pendekatan. Saya sering mencari idea-idea baru dalam pendekatan perniagaan atau konsep. Sebagai contoh, menggunakan pendekatan “Tip Satu Minit” untuk blog. 5: Kesabaran Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi

JENIS-JENIS GEMUK

Image
1- Jenis Gemuk Air Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tudak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun. 2- Jenis Gemuk Angin Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Alamak, yang ni kena jaga-jaga sikit. Jan

PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN

Image
ATASI GEMUK ANGIN on  May 15, 2018 6 Petua Berkesan Untuk Buang Angin Dalam Badan angin dalam badan? Meh cuba buat 6 perkara ini Oleh Feyra Nasrom Sumber petuasihat Angin dalam badan sebenarnya berpunca daripada aktiviti seharian kita dan juga pengambilan makanan. Ada sesetengah makanan itu akan menyebabkan kita mempunyai angin dalam badan sehingga boleh menyebabkan rasa loya. Jadi, apa yang perlu dilakukan sekiranya badan anda mempunyai angin? Jom baca kat bawah ni : 1)Ambil vitamin C Ya, vitamin C boleh buang angin dalam badan . Makan je vitamin C , badan akan kembali sihat. 2) Ambil ubatan herba Ubatan herba dijadikan sebagai ubat-ubatan terhadap sesetengah penyakit dan angin dalam badan salah satu masalah kesihatan yang boleh diselesaikan dengan ubatan herba. 3)Bawang putih Untuk hilangkan angin dalam badan, makan sahaja bawang putih. Kalau korang nak tahu, petua tradisional untuk hilangkan angin dalam badan bayi adal

10 FAKTA TENTANG STAMINA

Image
Kita sering mendengar istilah stamina, tak pancit, fit dan sebagainya. Semua orang tahu apa itu stamina, dan di mana terletaknya stamina seseorang. Kita telah didedahkan dengan istilah stamina sejak kita mengenal matapelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah lagi, atau sejak kita berkecimpung dengan aktif dalam sukan-sukan tertentu. Pada entri kali ini, aku tidak mahu bercerita mengenai hal Pak Dollah yang pancit (tiada stamina) ketika berfutsal malam semalam, atau Dek Non Senah yang semput menaiki tangga ketika memperbaharui lesennya minggu lepas. Aku akan menyenaraikan 10 fakta menarik berkenaan stamina, yang mungkin ada di kalangan anda sudah tahu, atau tak tahu. 1  – Seseorang dikatakan mempunyai stamina yang tinggi jika dia mampu melakukan sesuatu pekerjaan (yang melibatkan pergerakan fizikal tubuh badan) tanpa henti untuk tempoh yang lama, tanpa menunjukkan tanda-tanda penat, letih atau semput. 2  – Stamina mengambil masa yang agak lama untuk dibentuk, namun mengambil mas

ZAT YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH

Zat Makanan Yang Diperlukan Tubuh Makanan yang kita makan sehari-hari sangat dibutuhkan tubuh sebagai sumber energi, pertumbuhan, dan untuk menjaga kesehatan. Kita memerlukan makanan yang mengandung nutrient dalam jumlah tepat dan seimbang. Makanan yang kita makan sehari-hari sangat dibutuhkan tubuh sebagai sumber energi, pertumbuhan, dan untuk menjaga kesehatan. Kita memerlukan makanan yang mengandung nutrient dalam jumlah tepat dan seimbang. Bahan makanan tersebut idealnya mengandung 6 macam zat makanan, yaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, dan air. kekurangan atau kelebihan salah satu dari zat makanan di atas jangka panjang dapat menyebabkan terjadinya gangguan kesehatan pada tubuh, misalnya malanutrisi dan obesitas. Karbohidrat Karbohidrat merupakan zat makanan sumber penghasil energi yang sangat diperlukan tubuh, Selain sumber energi, karbohidrat berfungsi sebagai bahan pembentuk protein dan lemak dan berperan untuk menjaga keseimbangan asam dan basa. S

MAKANAN BERKALORI TINGGI DI HARI RAYA

Image
Di Hari Raya dan sepanjang musim perayaan, ramai yang ‘kalah’ dengan pelbagai juadah yang dihidangkan seawal pagi lagi. Tidak hairanlah, mereka yang berjaya diet dalam bulan puasa pun kembali  bertambah berat badan secara mendadak . Salah satu perkara yang boleh membantu kita ‘beringat’ adalah dengan mengetahui kalori makanan. Saranan pengambilan kalori makanan berdasarkan  Panduan Diet Malaysia , 2010 untuk orang dewasa (berumur 18 – 59 tahun) yang nomal adalah seperti berikut:  Lelaki dewasa : 2000 kcal/ hari  Wanita dewasa : 1500 kcal/ hari Dalam satu hidangan utama, kita dinasihatkan untuk mengambil tidak lebih daripada  500 kcal.  Jadi, rancanglah pengambilan makanan anda dengan bijak demi mengekalkan kesihatan dan ‘kerampingan’. 10 MAKANAN BERKALORI TINGGI DI HARI RAYA Berikut disenaraikan kalori makanan Hari Raya yang paling popular. 1. LEMANG Lemang memang sedap. Rasanya lemak-lemak berbanding  ketupat.  Tapi awas, lemang adalah antara makanan yang