TRADISIONAL KURUSKAN BADAN

Amalan minum teh hijau

 Jika anda mempunyai disiplin yang tinggi dan sukakan yogurt,

cuba amalkan petua ini. Sediakan satu sudu kecil serbuk teh dan setengah cawan yogurt
 (boleh juga digunakan susu yakult).

Masukkan teh ke dalam gelas, tuangkan air panas dan kacau. Setelah dikacau sebaik mungkin, masukkan pula yogurt atau yakult dan kacau sekali lagi sehingga semuanya sebati.

Jadikan amalan ini sebagai minuman kegemaran anda setiap kali selepas makan. Amalan minum air limau nipis Sediakan dua biji limau nipis.

Perah airnya ke dalam gelas dan tambah air sejuk. Kacau seketika dan bolehlah terus diminum. Seeloknya sediakan stok bancuhan anda sebanyak mungkin dan simpan di dalam peti sejuk.

Jadikan minuman harian setiap kali selepas makan tengahari dan malam. Kebanyakan orang yang mengamalkannya dengan disertai sedikit senaman akan mengalami penurunan berat badan setelah 3 hingga empat minggu diamalkan.

 Asam Jawa Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing. 

Lobak Merah, Mentimun dan Limau Nipis 1-Dua biji lobak merah dipotong 2-Sebiji mentimun segar, 3-Sebiji limau nipis, Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.

Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik. Cara Makan Tiap2 Hari Makan hanya 3 kali sehari iaitu: sarapan

(biar banyak untuk tenaga seharian), tengahari (sedikit jer, setengah pinggan nasi contohnya), dan malam (secubit jer.. ataupun sepotong roti).

 Lebih elok, kalau nak cepat kurus, makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU