ATASI KULIT MUKA BERMINYAK

CARA PALING BERKESAN UNTUK HILANGKAN KULIT BERMINYAK

kuti cara berikut untuk hilangkan kulit berminyak pada muka.

 1. GUNA PEMBERSIH MUKA YANG LEMBUT 
Pilih pembersih muka yang mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid atau beta-hydroxy acid. Kandungan ini sangat lembut dengan semua jenis kulit tambah lagi yang berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan.

 2. ELAK CUCI MUKA DENGAN BAHAN KASAR 
Jika selama ini anda mencuci muka dengan kain, tuala atau span yang keras, hentikan! Ia akan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak kerana menggantikan minyak semula jadi yang hilang akibat mengguna bahan-bahan tersebut. cara hilangkan kulit berminyak

 3. CUCI MUKA PADA WAKTU SIANG DAN MALAM 
Cuci muka sebaik bangun tidur dan sebelum tidur. Ia akan menstabilkan kadar pengeluaran minyak semula jadi di kulit muka.

4. CUCI DENGAN AIR SUHU BILIK Elak 
guna air panas untuk mencuci muka. Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan membantu hilangkan kulit berminyak secara semula jadi pada muka.

 5. GUNA TONER DI BAHAGIAN YANG BERMINYAK SAHAJA 
Pastikan penggunaan toner hanya di bahagian yang berminyak sahaja.

 6. BAWA ‘ASTRINGENT PAD’ 
Jika anda tiada kesempatan untuk mencuci muka pada waktu tertentu, guna astringent pad kerana ia dapat membantu hilangkan kulit berminyak dengan pantas.

 7. PAKAI ‘CLAY MASK’ 
Amalkan penggunaan clay mask sebulan sekali. Ia mengeringkan kulit muka secara tak langsung membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan pada kulit muka. “Ish apa hal kulit muka aku ni pagi-pagi lagi dah berminyak? Tengok ni berminyak-minyak katdahi dan hidung aku. Padahal baru aja aku pakai ‘foundation’ dan mekap tadi. Kalau kesat muka untuk hilangkan kulit berminyak, habislah tanggal mekap aku!” Sebenarnya kulit muka menghasilkan minyak semula jadi untuk melindungi kulit daripada terlalu kering. Namun jika berlebihan, ia menyebabkan muka berminyak, mudah berjerawat dan masalah kulit muka hingga rasa kurang keyakinan pada diri. Women, Healthy

8. ELAK MOISTURIZER YANG MENGANDUNGI PETROLEUM 
Petroleum dan shea butter memang bagus untuk kulit yang kering tetapi bukan untuk yang berminyak. Ini kerana ia akan menambahkan lagi pengeluaran minyak pada kulit muka. Periksa label dulu sebelum membeli.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU