PUASA PUN KENYANG


Ingin dinasihatkan, meskipun puasa itu adalah satu kewajipan bagi yang beragama Islam, janganlah ada di antara ibu bapa yang memaksa anak-anak kecil untuk berpuasa… di mana ia sebenarnya di luar kemampuan mereka.
Sumber: AFP/Getty Images
Biarpun tujuan anda adalah untuk membiasakan mereka, pastikan ajaran itu dilakukan secara berperingkat. Mungkin buat kanak-kanak yang baru pertama kali berpuasa, biarkan mereka berpuasa setengah hari dahulu kemudian barulah beralih ke tempoh yang lebih lama sehingga mereka benar-benar mampu dan bersedia, bukannya sehingga memudaratkan.
Hal yang demikian sebenarnya tidak hanya fokus terhadap kanak-kanak sahaja, golongan dewasa juga kadang kala dibelenggu dengan masalah untuk kekal cergas sepanjang hari ketika Ramadhan.
Sumber: AFP/Getty Images
Apakah cara diet pemakanan yang salah membuatkan kita lemah dan jadi tidak keruan sebaik tiba waktu tengahari? Wanista lampirkan beberapa tips munasabah agar anda semua bisa mempersiap diri untuk sentiasa bertenaga walaupun harus menahan lapar dan dahaga sepanjang hari sementara menunggu waktu berbuka.
#1 Jangan Ambil Makanan Masin Ketika Bersahur
Orang Melayu memang tak boleh lari daripada hidangan lauk sampingan seperti ikan masin, telur masin serta cicahan budu dan cencalok sebagai pembuka selera saat menikmati nasi. Lebih-lebih lagi ketika nasi itu dimakan panas! Mmm, rasanya memang sedap kan?
Sumber: Women Online Magazine
Namun, tahukah anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan membuatkan tubuh anda cepat kering lalu berasa dahaga? Ini adalah disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak untuk membasmi rasa masin tersebut.
Jadi, sila elak menikmati makanan yang masin ketika sahur.
#2 Kunyah Makanan Sehingga Hancur
Nikmatilah makanan serta sayuran yang rangup seperti lobak merah dan kobis ketika bersahur. Dengan menikmati makanan yang ‘keras’ sebegitu, mulut anda akan mengambil masa yang lama untuk mengunyah sebelum menelan. 
Sumber: berkeleywellness.com
Apabila mengunyah itu mengambil masa yang lama, sudah tentu perut anda akan berasa kenyang pada waktu yang tepat. Bahkan kekenyangan itu akan kekal lebih panjang dan dalam masa yang sama makanan itu tadi mudah dihadam oleh usus.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU