TURUN BERAT BADAN TANPA BERSENAM




1.0 Amalkan Minum 8 Gelas Air Suam Setiap Hari Amalan minum air dengan kuantiti yang lebih dari biasa boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Setiap kali sebelum mengambil makanan yang berat, ambil segelas air suam atau air masak terlebih dahulu. Sekurang2nya anda akan rasa cepat kenyang dan tidak akan mengambil makanan dengan banyak. Sebaik2nya dalam sehari anda perlu mengambil air suam sebanyak 8 gelas sehari. Atau anda juga boleh buat kiraan setiap 25kg berat badan anda bersamaan dengan 1liter air yang perlu anda minum. Contoh berat anda 50kg, so min dalam sehari anda kena minum 2liter. Kalau berat anda lebih dari 50kg? haaaa..berapa banyak pula anda kena minum? Diam2 sudahlah kan? 🙂

 2.0 Kerap Minum Air Limau Minuman yang masam seperti air limau, lemon dan oren dapat menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Seeloknya minum segelas air limau (kurangkan gula) setiap kali selepas anda makan makanan yang berlemak atau berminyak. Kalau saya pula, saya suka buat ai Tea + Madu + Lemon. Sedap sangat rasanya, seperti ice lemon tea. Selain bagus untuk menggalakkan metabolisme dalam badan, ia juga dapat memberi tenaga.

 3.0 Hentikan Pengambilan Minuman Bergas (Minuman Berkarbonat) Tolong jangan sesekali sentuh minuman bergas. Minuman bergas ni sangat tinggi kandungan gula dan boleh mengundang pelbagai penyakit. Bukan sahaja penyakit, berat badan pun makin bertambah. Ingat lagi dulu sebelum kawin (biasalah, nak kawin punye pasal, memang diet giler2..hehe) Hampir 1 tahun saya tak sentuh minuman bergas. Saya juga selalu bawa air masak ke mana sahaja saya pergi. Minuman lain yang manis2 pun saya elak juga.

 4.0 Lebihkan Sumber Protein Dalam Diet Seharian Jika ingin menurunkan berat badan, perkara pertama yang perlu dikurangkan adalah pengambilan karbohidrat dan gula. Sebaliknya lebihkan pengambilan protein. Ramai yang silap dalam berdiet, setiap hari mereka akan menahan lapar. Pastu bila dah lapar atau dah berhenti berdiet, makan sehingga tak ingat dunia. Selagi ada depan mata semua nak makan tanpa fikirkan kalori makanan tersebut. Salah cara ni, lagi satu anda juga kena kurangkan makanan berbentuk karbohidrat seperti nasi, kentang dan roti putih. Kalau nak makan roti anda boleh ambil roti gandum.

 5.0 Lebihkan Pengambilan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan Paling penting anda kena lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya sayur hijau, oren dan kuning. Bila waktu makan, kurangkan pengambilan nasi sebaliknya lebihkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ikut sunnah Nabi, kita ambil buah dahulu sebelum makan. Bila dan makan buah dan “meratah” sayur, secara tidak langsung perut kita akan cepat kenyang. So tak perlu banyak makan nasi. Diingatkan juga, sila kunyah makanan dengan perlahan2. So saya harap dengan beberapa tips ni dapat memberi manfaat kepada anda. Tapi kalau anda rajin bersenam lagi cepat turun berat badan tau. 😉

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU