KURUS TANPA BERSENAM

Nak kurus tapi malas nak bersenam, ramai yang rasa macam ni kan? 
Sekarang ni anda tak perlu risau lagi untuk turunkan berat badan yang semakin hari semakin naik.
Ini kami kongsikan 10 tip mudah untuk kurus tanpa senam. Selamat mencuba!
1. Kurangkan skala makanan
Menurut pakar pemakanan, mengurangkan makanan adalah dengan memesan dua makanan pembuka tanpa mengambil hidangan utama. Bukan dengan mengira berat makanan sahaja. 
2. Hadkan makan
Anda boleh menghadkan mengambil makanan yang terlalu banyak dengan menyediakan bekas kecil atau piring. 
3. Minum Coklat Shake
Minuman coklat ‘shake’ berbeza dengan minuman coklat biasa kerana ia mengandungi protein dan kalori yang rendah. Malah, minuman ini buatkan anda rasa kenyang.

4. Bawa buah ke mana sahaja
Simpan dan membawa buah mengelakkan anda untuk mengambil makanan ringan yang lain.
5. Berus gigi selepas makan malam

Memberus gigi selepas makan malam akan membuatkan anda malas untuk makan lagi.
6. Elakan makan makanan yang berkalori tinggi
Elakkan daripada mengambil minuman yang mengandungi kalori tinggi seperti jus, minuman bergas dan sebagainya.
7. Bergambar sebelum diet
Sebelum memulakan diet, ambil gambar yang menunjukkan bentuk badan anda supaya anda boleh nampak berbezaan dari sehari ke sehari dan jadikan gambar tersebut sebagai motivasi diri. 
8. Pakai baju yang ketat
Dengan memakai pakaian yang ketat, ia akan memberi motivasi kepada anda dari tidak mengambil snek-snek yang membuatkan anda bertambah berat badan.
9. Amalkan air campuran timun
Apabila anda rasa lapar dan ingin makan snek ringan, cubalah minum air yang dicampur dengan timun. Ia boleh membantu anda merasa sedikit kenyang.
10. Habiskan Makanan
Simpan makanan yang tidak habis dimakan ke dalam bekas makanan dan simpan di dalam peti ais. Ini adalah untuk mengelakkan anda terus makan walaupun sudah kenyang. 

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU