AKTIVITI HARIAN BAKAR KALORI

Nak kurangkan berat badan?
Nak kurus sikit demi sikit?
Lemak kat perut dah makin mengganas?

Kenalah buat aktiviti untuk bakar kalori. Dengan beberapa aktiviti mudah yang biasa kita buat di rumah, mungkin kita mampu membakar hampir 300 kalori dengan cepat dan mudah.

Berapa banyak kalori yang anda perlukan biasanya ditentukan melalui jenis pekerjaan yang anda lakukan, umur dan jantina anda. Jika anda bekerja di dalam bidang yang memerlukan banyak tenaga dan aktif seperti buruh, petani, ahli sukan dan sebagainya,

anda perlukan mengambil makanan yang banyak kalori. Manakala jika pekerjaan anda memerlukan penggunaan tenaga yang sederhana, perlu bergerak dan banyak berdiri seperti guru, pengambilan kalori agak kurang jika dibandingkan dengan kumpulan yang sebelum ini.

 Dan jika kehidupan harian ataupun pekerjaan anda memang tidak memerlukan banyak bergerak dan sering duduk sahaja seperti bekerja di pejabat, anda memerlukan pengambilan kalori yang sedikit. Bagi memudahkan anda mengira berapa banyak kalori yang diperlukan / gunakan, anda boleh merujuk kepada jadual di bawah sebagai panduan jumlah kalori yang anda perlukan.

 Contoh aktiviti mudah untuk bakar 100 kalori sehari

 * Berjalan pantas 15 minit
*Lompat bintang 5 minit 
*Senamrobik 15 minit  
*Naik tangga 10 minit 
*Sapu sampah 25 minit 
*Basuh kereta 20 minit

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU