TIPS KECILKAN PEHA BESAR

Tips Mengecilkan Peha Yang Anda Boleh Cuba

1. Kurangkan kalori
Benda yang sangat selalu disarankan oleh pakar kesihatan. Kurangkan pengambilan kalori harian dalam 500kcal daripada yang patut diambil. Selain itu, ambil jumlah protein yang mencukupi untuk membantu mengekalkan otot peha (dan otot bahagian badan yang lain) ketika proses penurunan berat badan.
Bagi yang suka mengunyah di office atau di rumah tu disarankan untuk menukar snek makanan ringan kepada snek yang lebih berkhasiat seperti kekacang ataupun buah-buahan.
2. Senaman fokus pada peha
Ya, senaman adalah vital dalam usaha mengecilkan peha.
Itulah cara yang sangat-sangat berkesan untuk membakar lemak yang berlebihan di anggota badan kita. Namun, kalau nak kecilkan peha anda disarankan supaya lebih fokus pada senaman yang melibatkan otot (peha depan) dan (peha belakang).
Contoh senaman yang popular untuk kecilkan peha ialah ‘Lunges‘ dan ‘Squat‘. Senaman mudah ini boleh anda tonton tutorialnya di laman web. Cari di youtube ‘Lunges exercise‘ atau ‘Squat exercise‘ dan pilihlah yang mana anda berkenan untuk dijadikan sebagai tutorial.
Anda disarankan untuk melakukan senaman tersebut sebanyak 3 kali seminggu untuk melihat keberkesanannya.
3. Kardio / Jogging
Anda juga disarankan untuk melakukan senaman seperti point no. 2 sebelum anda melakukan kardio / jogging. Ini adalah untuk memastikan anda menggunakan sehabis mungkin ‘muscle glycogen’ dan ‘liver glycogen’ di senaman seperti point no. 2 diatas.
Jadi, bila anda mula berjogging, badan akan menggunakan sumber tenaga alternatif yang terakhir iaitu lemak dimana secara tidak langsung membakar semua lemak-lemak dibahagian peha.
Lakukan juga 3 kali seminggu untuk lebih berkesan.
4. Rehat yang mencukupi
Rehat yang cukup dapat membolehkan tisu-tisu dibahagian kaki untuk dibaiki otot peha yang kuat membakar lemak selepas senaman / jogging. Jadi, dapatkan rehat yang cukup dan berkualiti untuk kekalkan tenaga anda melakukan senaman / jogging seperti diatas. Anda disarankan untuk selang seli kan rehat dan senaman atau jogging. Contohnya, Isnin anda lakukan senaman, Selasa rehat, Rabu jogging, Khamis rehat dan seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU