TIPS RAWAT MASALAH PERIOD TIDAK TERATUR

Tips Cara Mengatasi Dan Merawat Haid Tidak Teratur Selalunya kalau ada kawan-kawan yang ada masalah berkaitan haid, saya akan sarankan berjumpa dulu dengan doktor untuk kenal pasti punca sebenar. Bila dah tau baru lah mudah untuk ambil tindakan susulan yang tepat.

Sesetengah masalah seperti uterine fibroid, PCOS, imperforate hymen dan Asherman’s syndrome memerlukan rawatan perubatan pakar untuk memperbetulkan keadaan. Bagi kawan-kawan yang tiada masalah serius, tips di bawah mungkin dapat membantu:

 1. Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang – Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan normal.

 2. Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat – Elakkan kenaikan ataupun penurunan berat badan mendadak.

 3. Amalkan gaya hidup sihat – Bersenam adalah baik untuk kesihatan. Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum. Tapi elakkan senaman yang melampau dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup.

 4. Elakkan stress – Hiduplah secara seimbang. Uruskan kerjaya, keluarga, pelajaran dan sebagainya dengan sama rata. Dalam masa sama perlu nikmati hidup supaya diri rasa gembira dan hidup lebih bermakna.

 5. Ambil ubat ikut jadual – Sekiranya ada mengambil ubat pencegah kehamilan, pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang sepatutnya.

 6. Ambil supplement yang berasaskan gamma linolenic acid (GLA) – GLA dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU