PETUA KAKI CANTIK

NYAHKAN BULU KAKI
Jika anda mahu membuang bulu kaki, elakkan mencukurnya kerana ia membuatkan bulu kaki lebih cepat tumbuh dan kasar. Cuba petua semulajadi ini di rumah bagi menanggalkan bulu kaki agar kelihatan lebih licin dan bersih.
Cara-caranya:
  1. Sediakan 3 sudu madu, 3 sudu gula dan 1/2 biji air perahan lemon. Sediakan juga kain khas yang bersih untuk digunakan bagi mencabut bulu kaki nanti.
  2. Cairkan gula dengan kaedah double boiler dengan api yang kecil. Apabila gula telah cair dan berwarna keperangan, masukkan madu dan jus lemon. Gaul sehingga sebati.
  3. Biarkan suam dan kemudian sapukan pada kaki anda. Tambah sedikit air jika adunan terlalu pekat.
  4. Setelah disapukan adunan yang masih suam itu pada kaki, letakkan kain dan kira sehingga kiraan 10 sebelum mencabut kain itu dengan pantas.
  5. Lakukan perkara yang sama pada kedua belah kaki

RAWAT KAKI DENGAN KOPI 
Selain untuk minuman, kopi juga boleh digunakan untuk mencantikkan kaki anda. Bahagian tapak kaki dan tumit antara yang sering mudah menjadi kasar, kering dan menggelupas. Kandungan di dalam kopi membantu merawat masalah kulit.
Cara-caranya:
  1. Campurkan 3 sudu serbuk kopi bersama 4 sudu losyen badan (yang telah disejukkan selama 2 jam di dalam peti sejuk), dan 2 sudu minyak zaitun. Gaul sehingga sebati.
  2. Tuangkan air suam ke dalam besen yang cukup besar untuk merendam kaki anda.
  3. Tambahkan dengan 2 kotak susu.
  4. Rendamkan kedua kaki dalam besen tersebut selama 5 minit.
  5. Selepas itu, keluarkan kaki dan sapukan adunan kopi tadi pada kaki sambil menggosok perlahan termasuk di celah jari. Lakukan selama 10 minit.
  6. Bilas bersih kaki dan rendamkan semula ke dalam besen air suam dan susu tadi bagi melarutkan kulit kering dan membuang sel kulit mati.
  7. Lapkan kaki dengan kain bersih dan amalkanlah selalu.

HINDARI URAT SIMPUL
Adakalanya, penggunaan kasut tumit tinggi ditambah dengan aktiviti yang banyak bergerak boleh membuatkan kaki anda lenguh dan terkena urat simpul.
Cara-caranya:
  • Campurkan air suam dengan sedikit garam mandian yang mengandungi ekstrak rosemary. Amalkan merendam kaki dalam air campuran ini untuk melancarkan peredaran darah dan merehatkan kaki anda.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU