ATASI MASALAH SEMBELIT




Kesukaran membuang air besar adalah masalah biasa yang sering menyerang ibu-ibu sejurus selepas bersalin. Menurut kajian, kira-kira 30 hingga 40 peratus ibu-ibu mengalami sembelit selepas melahirkan anak. Kadang-kadang ketika dalam fasa akhir kehamilan lagi ibu-ibu sudah menderita menangani masalah sembelit ini. Masalah ini mungkin disebabkan oleh hormon kehamilan iaitu progesteron.

Tekanan daripada uterus yang semakin membesar di atas rektum berserta hormon yang dirembeskan berupaya memperlahankan pergerakan pemindahan makanan di dalam usus. Apakah Yang Menyebabkan Sembelit Selepas Melahirkan Bayi? Kebiasaannya, peluang untuk wanita mengalami sembelit selepas melahirkan bayi agak tinggi sekiranya anda mengalami koyakan yang agak besar semasa proses melahirkan ataupun anda melalui kelahiran yang dibantu seperti forceps serta ventouse. Namun begitu, ada beberapa faktor lain juga yang menyumbang kepada berlakunya sembelit kepada ibu-ibu selepas bersalin ini.

 Antaranya ialah: Sekiranya ibu-ibu menjalani tempoh yang panjang di bilik bersalin tanpa pengambilan sebarang makanan atau mengalami pergerakan usus semasa proses bersalin, anda mungkin akan mengalami sembelit selama satu atau dua hari. Semua keadaan ini membuatkan usus anda kosong dan terjadinya sembelit.

Seandainya ibu-ibu bersalin secara caesarean, ia mungkin mengambil masa tiga hingga empat hari untuk usus anda berfungsi dengan normal. Kesan ubat yang diberikan bagi melegakan kesakitan semasa proses bersalin boleh menyebabkan usus anda berfungsi lebih lemah dan sistem pencernaan berfungsi dengan lebih perlahan. Sudah menjadi kemestian bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal akan takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka epistomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut. Jika tidak membuang air besar, maka akan berlakunya sembelit kerana lantai pelvis anda akan meregang.

Walau bagaimanapun, secara kebiasaannya sembelit akan berakhir dalam masa beberapa hari sahaja dengan syarat ibu-ibu perlu mengambil langkah yang betul untuk merawat masalah tersebut. Perkara yang paling utama, ibu-ibu perlu tahu punca sembelit terjadi dan bagaimana cara mengatasi sembelit ini. Apa yang penting, ibu-ibu perlulah proaktif dalam menanganinya dan ikutilah langkah dengan betul. Bagaimana Untuk Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin? makanan-untuk-elak-sembelit Atasi perasaan takut Perasaan takut untuk membuang air besar mungkin membuatkan masalah sembelit ini menjadi lebih teruk. Kegusaran berlebihan boleh menjuruskan otot-otot anda lebih mengetat, bukannya mengendur dan membukanya.

Cuba alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas. Jangan terlalu bimbang jahitan pada luka epistomi akan terkoyak apabila anda membuang air besar, ia sangat jarang berlaku. Ini kerana, jika anda tidak membuang air besar, ia adalah lebih memudaratkan kerana sembelit akan meregangkan lantai pelvis anda. Makan makanan berserat tinggi Makanan yang berserat tinggi boleh menjadi pilihan terbaik bagi ibu-ibu yang ingin menangani masalah sembelit kerana ia membantu meningkatkan pergerakan usus anda. Amalkan makanan seperti empingan jagung bijian penuh, roti bijian penuh, kacang, beras perang, buah-buahan segar dan sayur-sayuran dalam diet harian anda. Kekacang, kacang peas, kacang merah, dan kacang soya adalah makanan yang boleh menambahkan serat mudah larut kedalam diet anda. Ia dapat membantu pergerakan usus menjadi kembali normal. Ibu-ibu boleh juga mengambil bahan-bahan tersebut dan mencampurkan dengan makanan lain untuk mengelakkan gas yang berlebihan.

 Makan makanan berserat tinggi Pengambilan cecair yang banyak boleh membuat najis anda lebih lembut dan lebih mudah untuk dikeluarkan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidratkan tanpa disedari. Selain itu, bagi ibu-ibu yang menyusui bayi, anda akan menjadi cepat dahaga, jadi anda perlu banyak minum air. Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air setiap hari. Amalkan juga minuman panas atau suam selepas anda bangun dari tidur kerana ia membantu ibu-ibu untuk bergerak seperti sedia kala. Senaman ringan Berjalan-jalan dan bergerak tubuh secara ringan boleh membantu menggerakkan usus anda. Berjalan mungkin menyakitkan pada permulaannya lebih-lebih lagi anda belum pulih dari episiotomi atau caesarean. Tetapi cubalah untuk bangun dari katil dan berjalan perlahan-lahan sahaja mengelilingi katil atau wad. Ini kerana, duduk atau berbaring untuk jangka masa yang lama akan memburukan lagi masalah sembelit tersebut. Makan buah prun dan buah-buahan kering Buah prun atau jus prun mampu membantu merawat sembelit.

Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Alimentary Pharmacology dan Therapeutics, mengatakan bahawa memakan prun mampu meningkatkan kekerapan pergerakan usus setiap minggu serta melembutkan najis. Selain itu, amalkan juga buah-buahan kering seperti tin, kismis, apricot dan kurma bersama kekacang bagi mendapatkan peningkatan Omega 3 di dalam badan untuk melawan masalah sembelit tersebut. Menyusui bayi dengan susu ibu Sebenarnya hisapan bayi itu dapat memberi stimulasi untuk mengecutkan rahim dan membantu memudahkan pergerakan usus. Ia secara tidak langsung dapat melegakan sembelit. Elakkan makanan diproses Makanan seperti donut, roti putih, kerepek kentang, coklat, makanan segera seperti burger dan sosej haruslah dielakkan oleh ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit.

Selain itu, elakkan juga makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti keju, ais krim dan produk tenusu kerana ia memburukkan sembelit. Bersegera ke tandas bila terasa ingin membuang air Apabila terasa hendak membuang air sudah mula datang, jangan abaikan perasaan itu dan bersegeralah ke tandas. Ini kerana najis akan semakin mengeras sekiranya kita menunggu lebih lama dan pastinya akan mengundang kesakitan. Duduk sepenuhnya, jangan menenggek di atas mangkuk tandas bagi keselesaan dan memudah proses membuang air besar. Langkah-langkah Yang Boleh Diikuti Semasa Membuang Air Besar Duduk sepenuhnya dengan selesa.

Jangan hanya bertenggek di mangkuk tandas. Sebaik sahaja anda duduk, jengketkan kaki supaya lutut anda lebih tinggi daripada paha. Untuk lebih selesa, letakkan kaki anda di atas bangku bagi meninggikan lutut anda. Untuk lebih tinggi, jengketkan sedikit kaki anda dan letakkan sikut di atas lutut. Posisi ini paling mirip dengan posisi mencangkung yang merupakan posisi paling ideal untuk membuang air besar. Bongkokkan badan dan sesekali duduk dengan tegak bagi menggerakkan otot-otot perut anda. Anda akan dapat merasakan otot-otot mengetat dan mengendur. Lipat sekeping tuala wanita yang bersih menjadi dua dan letakkan berhampiran perineum anda dari arah hadapan bertujuan untuk melindungi jahitan.

Dengan ini ia dapat melegakan kesakitan di kawasan itu dan membantu menyokong lantai pelvis anda. Tekanan yang lembut pada perineum ini mampu memberi rangsang refleks kepada otot di dalam dubur. Justeru, ia membantu proses pembuangan air besar berlaku dengan lebih mudah serta kita juga berasa yakin bahawa jahitan tidak akan terbuka. Walau bagaimanapun, setelah ibu-ibu cuba mengubah diet pemakanan serta mengamalkan langkah-langkah yang disarankan, namun masih juga tidak mampu memberi kesan kepada permasalahan ini maka bersegeralah bertemu doktor pakar. Kebiasaannya doktor akan memberi preskripsi julap (laksatif) yang selamat untuk digunakan. 

Sekiranya masalah sembelit berlarutan ini tidak dirawat segera ia boleh membawa kepada masalah buasir (hemoroid) yang pasti akan mengganggu emosi dan kesihatan ibu berpantang.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU