MAKANAN YG PERLU MAKAN KETIKA PERUT KOSONG

1. Bijirin oat

Bijirin oat dapat membantu melindungi lapisan perut dan sekaligus menghalang asid hidroklorik daripada merosakkan dinding perut. Malahan, oat juga mengandungi serat mudah larut yang boleh membantu proses penurunan kadar kolesterol di dalam badan anda.

2. Gandum hitam atau buckwheat

Buckwheat atau gandum hitam ini dapat membantu dalam merangsang sistem pencernaan anda kerana gandum ini kaya dengan sumber zat besi, vitamin dan juga protein.

3. Bubur cornmeal

Makanan ini boleh membantu membuang toksin daripada badan serta membaikpulih sistem usus. Malahan, ia juga memberikan anda rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.

4. Germa gandum atau wheatgerm

Dengan hanya mengambil 2 sudu besar germa gandum ini, badan anda akan dibekalkan dengan 15% Vitamin E serta 10% asid folik daripada pengambilan harian yang disyorkan. Ia juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan anda.


5. Telur

Kajian mendapati bahawa dengan pengambilan telur sebagai sarapan pagi dapat membantu mengurangkan pengambilan kalori anda untuk sepanjang hari.

6. Tembikai

Tembikai adalah makanan yang sangat baik untuk mata dan juga hati kerana mengandungi lycopene yang tinggi. Tambahan pula, pengambilan buah ini semasa sarapan dapat membekalkan anda dengan jumlah cecair yang banyak.

7. Beri biru

Pengambilan buah beri biru secara konsisten sangatlah digalakkan terutamanya ketika bersarapan. Ini kerana terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan beri biru ini akan membantu menguatkan daya ingatan, mengawal tekanan darah serta metabolisme badan anda.

8. Roti gandum penuh tanpa yis

Tubuh manusia memerlukan pelbagai nutrien dan antara makanan yang dapat memenuhi keperluan nutrien itu adalah roti. Bersarapan pagi dengan roti gandum penuh tanpa yis adalah digalakkan.

Pengambilan kekacang ketika bersarapan atau semasa perut kosong berupaya memperbaiki sistem penghadaman serta turut membantu menormalkan kadar pH di dalam perut.

10. Madu

adu membantu dalam memberikan anda tenaga dan kekuatan kepada sistem tubuh badan pada waktu pagi. Selain itu, madu juga menggalakkan aktiviti otak serta dapat meningkatkan pengeluaran hormon yang membuatkan anda berada dalam mood yang baik iaitu serotonin.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU