MAKANAN YG PERLU DIELAKKAN MASA PERUT KOSONG



1. Roti dan pastri


Kandungan yis dalam makanan seperti roti dan pastri akan membuatkan perut anda berasa kurang selesa kerana penghasilan gas dan ini secara tidak langsung akan membuatkan perut anda berangin.

Anda mungkin akan sendawa atau kentut sepanjang hari disebabkan tindak balas sistem perut anda terhadap kandungan yis tersebut.



2. Makanan dan minuman manis

Selepas bangun dari tidur dengan perut yang kosong, sebaiknya ambil segelas air kosong terlebih dahulu kerana tubuh badan anda baru sahaja mula untuk berfungsi.

Kandungan gula yang tinggi dalam makanan atau minuman akan menyebabkan pankreas anda bekerja dengan lebih kuat disebabkan peningkatan pengeluaran insulin oleh tubuh badan.

3.yogurt dan produk tenusu yang diperam

Asid hidroklorik akan terbentuk untuk bertindakbalas dan membunuh bakteria asid laktik yang dihasilkan oleh yogurt. Justeru itu, pengambilan yogurt dan produk tenusu semasa perut kosong hanya akan memberi sedikit manfaat kepada tubuh badan anda dan berkemungkinan menyebabkan gastrik.


4. Buah pear

Serat kasar yang terdapat di dalam buah ini boleh mencederakan dinding perut jika diambil sewaktu perut anda kosong. Sebaiknya, makan buah pir ini selepas anda makan makanan yang lain bagi mengelakkan masalah tersebut terjadi.

5. Tomato

Pengambilan tomato semasa perut kosong akan meningkatkan kadar asid dalam perut anda kerana kandungan asid tannicnya yang tinggi. Bagi sesetengah kes, anda mungkin boleh mendapat gastrik atau ulser perut.

6. Timun dan sayuran hijau

Sayuran mentah seperti timun atau ulam-ulaman yang lain adalah kaya dengan asid amino. Namun, pengambilannya sewaktu perut kosong boleh menyebabkan kembung perut, pedih ulu hati dan juga gas berlebihan dalam badan.

7. Pisang

Pisang merupakan salah satu buah-buahan yang tinggi kandungan magnesium. Tetapi sekiranya diambil semasa perut kosong, kandungan magnesium dalam darah anda akan meningkat dan secara tidak langsung boleh membahayakan jantung.

8. Makanan pedas dan berempah

Makanan pedas atau berempah boleh meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Sistem penghadaman dan pencernaan anda mungkin akan mengalami masalah sekiranya mengambil makanan yang pedas atau berempah semasa perut anda kosong.

9. Minuman berkarbonat

Kandungan gula yang tinggi di dalam air berkarbonat boleh mengganggu proses pembekalan darah ke perut sekiranya diambil semasa perut kosong. Kesannya, proses pencernaan akan menjadi lambat. Pastikan anda makan sesuatu terlebih dahulu sebelum mengambil minuman berkarbonat.

10. Buahan sitrus


Buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon adalah tinggi dengan asid buahan. Anda mungkin diserang gastrik atau ulser perut sekiranya mengambil buahan tersebut ketika perut kosong.


Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU