DIET YANG SALAH

Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Oleh Anda Bila Diet

1. Ber’diet’ secara melampau. Walaupun terlebih makan adalah diantara punca berat badan berlebihan, tetapi janganlah anda makan terlalu sedikit dan berpantang keterlaluan sehingga anda menjadi terlalu kurus dan mendapat masalah kekurangan zat makanan. Jika anda berlapar terlalu kerap , maka badan anda akan berubah kepada ‘mode kebuluran’ (starvation mode). Metabolisma badan akan turun, dan segala yang anda makan walaupun sedikit akan disimpan sebagai ‘lemak’ dan ‘otot’ and menjadi kecut. Apabila anda tidak mampu meneruskan ‘berdiet’ yang melampau seperti ini, maka anda akan mula makan tanpa kawalan kerana selera bertambah-tambah dan semuanya akan menjadi lemak. Berat badan anda akan bertambah dengan sangat cepat dan menjadi lebih gemuk dari sebelumnya. Akhirnya , anda berdiet semula, dan kitaran ini akan berterusan dan anda akan gagal menurunkan berat badan anda.

 2.Menurunkan berat badan hanya dengan bersenam Senaman amat penting untuk menurunkan berat badan, tetapi dengan hanya bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah satu usaha yang sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan yang dimakan akan menyebabkan berat badan amat susah diturunkan malahan berat badan akan bertambah. Ini adalah kerana ramai orang yang mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka bahawa dengan kalori yang telah dibakar maka tidak perlu lagi mengawal jumlah makanan yang diambil. Tidak semua kalori adalah sama. Terdapat sesetangah makanan yang berkalori tinggi tetapi ia membantu menurunkan berat badan seperti minyak zaitun dan minyak kelapa. Terdapat juga makanan yang rendah kalorinya, tetapi ia menyebabkan berat badan susah untuk diturunkan seperli gula pasir. Jika anda ingin menurunkan berat badan secara maksimum, maka jenis makanan yang dimakan dan jumlah pemakanan seharian masih perlu di kawal jumlahnya walaupun anda bersenam. Elakkan makanan atau minuman bergula tinggi walaupun kita bersenam kerana ia akan menyebabkan berat badan susah ntuk turun.

 3.Makan produk yang ‘rendah lemak’ Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan produk-produk ini baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan. Hakikatnya produk-produk ini sebenarnya mempunyai kandungan gula yang tinggi yang boleh menyebabkan berat badan bertambah. Pengeluar produk-produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka dan tetapi mereka akan menambah kandungan gula untuk membuatkan produk-produk ini lebih sedap.Kajian sains mendapati sesetengah lemak adalah ebih sihat dan membantu menurunkan berat badan seperti lemak mono tak tepu(MUFA) daripada kekacang, avocado, minyak zaitun dan lemak omega 3 dari ikan amat baik untuk menurunkan berat badan. Kajian juga mendapati minyak kelapa yang kaya dengan rantaian trigliserida sederhana (Medium Chain Triglycerides, MCT) juga boeh membantu menurunkan berat badan dengan membekalkan tenaga segera tanpa meningkatkan paras insulin.

 4.Minum minuman ‘diet’ . Kajian mendapati pengambilan minuman ‘diet’ yang di tambah pemanis gantian tiruan seperti ‘aspartame’ akan menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, USA mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ akan menghadapi sehingga 70% peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Dalam kajian yang sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41% untuk penggemar minuman ‘diet’ ini. Menurut pakar pemakanan , fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ ini akan meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut telah penuh. Jika mengambil pemanis gantian hendaklah kita ambil selepas makan sesuatu yang berkalori untuk mengelakkan masalah selera bertambah. Minum air mineral adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan.

5.Terlalu cepat berputus asa Jika anda gagal untuk kali pertama dalam percubaan menurunkan berat badan janganlah terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya mencuba untuk menurunkan berat badan akan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan sedikitpun berat badannya. Jadi fokus kepada turunkan berat badan secara sihat dengan matlamat untuk jangka panjang.

 6. Diet Ikutan Terlalu ramai yang terpesong dengan “ajaran sesat” dalam berdiet kerana terlalu mengikut kawan atau rakan yang turun sama-sama nak turunkan berat badan. Dalam berdiet atau turunkan berat badan kita seharusnya mengikut kesesuaian dan juga keselesaan diri sendiri untuk amalkan, jika kita terlalu ikut kawan atau orang lain kita akan mudah tertekan dan stress sebab diet itu tidak sesuai dengan diri kita. Jadi buat sesuatu biar kita seronok dan gembira barulah apa yang kita lakukan akan menjadi.

 7. Terlalu bergantung kepada Ubat Kurus Inilah yang selalu terjadi bila anda ambil ubat kurus anda tidak akan fikir pasal pemakanan, terlalu teruja dengan testimoni yang diberikan dengan penggunaan ubat kurus. Nasihat saya walaupun anda amalkan ubat kurus faktor pemakanan yang betul dan sihat perlu juga dititikberatkan. Jika anda abaikan bab ini , berat anda akan tentunya naik semula selepas berhenti menggunakan ubat kurus. Hentikan penggantungan kepada ubat dan ubah gaya hidup anda dan ubah gaya pemakanan anda untuk hidup lebih sihat. Anda yang mana satu??Fikirkan lah dalam proses turunkan berat badan tiada jalan pintas dan memerlukan ILMU dan juga bantuan dari mereka yang tahu.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU