KENAPA HAID TIDAK DATANG BERBULAN BULAN

PENYEBAB LAMBAT HAID

1) Selalu mengambil ubat-ubatan
Wanita yang selalu mengambil ubat-ubatan akibat badan tidak sihat boleh mempengaruhi kedatangan haid.


2) Mengurangkan berat badan secara drastik
Mendapatkan berat badan yang ideal seiring dengan BMI itu bagus. Namun, mengurangkan berat badan secara drastik dengan mengamalkan program untuk menjadi kurus begitu ketat boleh menyebabkan haid tidak teratur akibat terganggu. 

Bagi yang ingin mengurangkan berat badan, cuba untuk memulakan dengan mengurangkan 4.5kg sebulan agar tahap kesihatan wanita yang lain tidak terganggu.

3) Anoreksia dan bulimia
Penghidap anoreksia dan bulimia mengalami adalah sejenis penyakit mental berkaitan pemakanan. Mereka terlalu obses untuk kurus sehingga ada yang terus mengurangkan makanan atau cenderung untuk memuntahkan semula makanan yang diambil.

Penghidap anoreksia dan bulimia juga akan mengalami haid yang lambat dan tidak teratur.
4) Badan penat
Badan yang penat akibat aktiviti berat dan tidak cukup rehat antara penyebab haid lambat. Kadangkala kedatangan hadi juga disertai dengan rasa yang sakit.

5) Stress
Stress atau tekanan memang selalu dialami. Namun terlalu stres sehingga tidak dapat dikawal menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.




6) Berjalan jauh
Suka melancong atau berjalan jauh? Jika tidak cukup rehat akibat aktiviti melancong dan berjalan jauh juga boleh menyebabkan haid datang lewat.

7) Menyusukan anak
Wanita tidak mengalami ovulasi semasa menyusukan anak. Apabila tiada ovulasi maka wanita tersebut tidak datang haid. 

8) Masalah hormon
Sekiranya wanita tersebut mengalami masalah berkaitan hormon, ia juga boleh mengganggu kedatangan haid. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan atau cuba amalkan GLA Complex dan Vivix bagi memperbaiki hormon.

9) Menggunakan alat/ubat merancang kehamilan
Pil merancang kehamilan atau alat merancang kehamilan seperti implanon, suntikan depo juga boleh mengganggu kitaran haid. Ada yang haidnya menjadi tidak tetap. Ada yang haidnya tidak datang langsung malah ada yang mengalami haid berpanjangan. Bagi yang mengalami masalah ini, GLA Complex dan Vivix amat membantu kitaran haid tanpa mengganggu fungsi alat perancang kehamilan.

Bagi yang ingin mengatasi masalah datang haid secara semulajadi, ada beberapa petua yang boleh diamalkan.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU