KURUS MASA RAYA

Tips 1 : Banyakkan minum air kosong

Ini tips paling senang. Serius. Amalkan bawa botol air 1.5 liter ke mana sahaja anda pergi. Dalam kereta wajib ada terutama ketika dalam perjalanan ke rumah terbuka. Minum air tersebut sebelum ke rumah terbuka. Ini penting supaya anda tidak berasa terlalu lapar dan mengelakkan anda makan seperti orang yang sudah 30 hari kebuluran.

Tips 2 : Detox! Detox! Detox!

Berpuasa 30 hari adalah satu proses detox. Pun begitu, anda masih boleh melalukan proses detox ini untuk mendapat hasil yang lebih cepat dan efektif. Antara cara detox yang baik adalah dengan minum air buah-buahan. 

Tips 3: Makan dalam pinggan kecil

Yup! Elakkan ambil pinggan besar. Serius!

Tips 4: Beritahu kawan anda tengah diet

Kawan anda perlu dan wajib tahu anda sedang diet. Mungkin mereka akan ejek anda, tapi jangan risau, ejekan mereka akan dibalas apabila mereka lihat anda boleh memakai semula baju semasa anda berada di tingkatan 5!

Tips 5: Makan buah-buahan

Makan buah-buahan akan menyebabkan anda rasa lebih cepat kenyang. Jangan terlalu ghairah untuk makan makanan bekarbohidrat tinggi.

Tips 6: Berhenti sebelum kenyang!

Masalah kebanyakan orang adalah, mereka akan makan sehingga terlalu kenyang. Kadang kala, nak bernafas pun sukar! Elakkan dari amalkan amalan ini.

Tips 7: Puasa 6

Ya.. ini tips paling agung sebenarnya. Puasa 6. Ia boleh mengembalikan anda kepada momentum semasa bulan Ramadhan. Apabila kita berpuasa, kita menahan diri dari makan dan minum. Dan pada masa sama, mengajar diri erti sabar…

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU