ATASI GEMUK DAGING

ATASI GEMUK DAGING


1. BERUS KULIT KERING

Gunakan berus badan yang tidak terlalu kasar. Dalam keadaan kulit tidak terkena air, beruskan badan pada bahagian bermasalah. Buat pergerakan memanjang pada satu arah dan elakkan gerakan berulang-alik. Boleh juga beruskan dengan pergerakan bulatan.
Untuk selulit di kulit, buat gerakan bulat mengikut lawan arah jam. Kaedah memberus kulit ini dapat menangani selulit dengan cara melancarkan peredaran darah dan menegangkan kulit. Selain itu, masalah kulit kering dan gelap terutamanya di bahagian lutut dan siku juga dapat diatasi. Lakukan sekali sehari sebelum mandi pada bahagian tersebut. Ingat, cari berus yang sesuai!
cara menghilangkan selulit

2. BUAT SKRUB KOPI

Rawat selulit sendiri di rumah dengan membuat sendiri skrub serbuk kopi. Campurkan ¼ cawan serbuk kopi, 3 sudu gula, dan 3 sudu minyak kelapa/zaitun sehingga menjadi pes. Lumurkan dan urut pada tempat bermasalah kemudian balut dengan plastik jernih.
Selain bau yang menyenangkan, kopi dapat membantu menegangkan kulit. Di samping itu kulit juga akan merasa lebih segar. Kaedah mengurut juga dapat melancarkan peredaran darah pada kulit.
kecilkan perut
Foto Kredit: the11best.com

3. TINGKATKAN SUMBER MAKANAN OMEGA-3

Selulit juga terjadi apabila badan tidak memiliki hormon yang seimbang. Hormon yang seimbang dapat dicapai dengan pengambilan minyak sihat. Kita biasa makan makanan mengandungi minyak sayuran tetapi lupa akan kepentingan minyak semulajadi omega-3 yang membantu mengimbangi hormon dan seterusnya mengurangkan selulit pada badan.
Selain melawan selulit, minyak omega-3 juga mempunyai pelbagai faedah untuk mengekalkan kesihatan kita. Kacang walnut, kacang pecan, chia seed, tuna dan ikan salmon adalah antara sumber semulajadi yang kaya dengan minyak omega-3.
cara menghilangkan selulit
Foto Kredit: bebrainfit.com

4. MINYAK AROMATERAPI

Selain daripada mendapatkan sumber minyak omega-3 daripada makanan, anda juga boleh cuba menyapukan minyak kelapa dara, minyak zaitun, atau krim pelembap organik yang boleh dibeli di pasaran.
Jika anda peminat minyak aromaterapi, anda boleh menggunakan seleksi grapefruit, juniper, dan daun rosemary untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
essentiol-oil-2

5. CUKA EPAL

Cuka epal atau apple cider vinegar adalah salah satu cara menghilangkan selulit dengan cepat kerana ia mengandungi mineral, potassium, magnesium, dan kalsium. Elemen-elemen ini adalah penting untuk membuang toksin dan air yang ‘bertakung’ pada bahagian berlemak seperti paha dan perut.
Caranya, sampurkan cuka epal dengan air dengan nisbah 1:2 atau 1:1 (bergantung kepada sensitiviti kulit anda) dan sapukan campuran ini pada bahagian berselulit. Kemudian, balutkan dengan plastic wrap dan letakkan tuala suam di atasnya selama 1 jam. Selepas itu, buka balutan dan bilas dengan air bersih. Lakukan sebanyak sekali sehari sehingga selulit benar-benar hilang.
Selain itu, anda juga boleh meminum campuran air suam bersama 2 sudu cuka epal dengan 1 sudu madu. Minuman ini dapat membantu mengurangkan berat badan.
cara menghilangkan selulit
Foto Kredit: allhealthynews.com

6. MINUM BANYAK AIR

Amalkan pengambilan air kosong 8 gelas sehari dan pilih sayur dan buah yang mengandungi kandungan air yang banyak seperti tembikai, lobak putih, timun dan tomato.
Kandungan air yang banyak dapat menguatkan tisu-tisu penghubung pada kulit di samping dapat mengawal berat badan.
manfaat minum air suam

7. RAJINKAN DIRI BERGERAK AKTIF

Daripada duduk di rumah menonton televisyen dan risau tentang selulit, apa kata keluar dan mulakan hobi yang dinamik. Ajak rakan untuk mendaki bukit atau berenang bersama. Cabar diri anda dengan perkara baru. Daftarkan diri ke kelas yoga atau muay thai, atau ajak anak-anak bermain di taman untuk mengeluarkan peluh.
Aktiviti senaman bukan sahaja meyihatkan badan dan meningkatkan metabolisme, malah ia mengurangkan tekanan pada kulit untuk menghasilkan selulit.
Foto Kredit: 123rf.com
Foto Kredit: 123rf.com

ELAK STRES, KEKALKAN PEMAKANAN SEIMBANG

Selain daripada cara di atas, jangan lupa mengamalkan pengambilan makanan seimbang dan gaya hidup sihat.
Tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari dapat memulihkan segala kelesuan pada badan dan menstabilkan hormon. Selain menghalang pembentukan selulit, tidur yang cukup juga dapat mengawal berat badan, mengurangkan stres dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU