APA ITU SELULIT


Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan  struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein. Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’ (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.

Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG BAIK UTK DIET

KURUS MASA PUASA

LEMAK TEPU & LEMAK TAK TEPU